19 October 2011

PIRING ASTRO TIDAK MENGHADAP QIBLAT @ KAABAH


Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......

18 October 2008

Pertandingan Marhaban Antara Daerah Suarasa TV9

Pertandinga Marhaban antara daerah sempena program Suarasa TV9 telah berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada 17 & 18 Oktober 2008 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah. Sebanyak 9 pasukan telah bertanding dalam pertandingan tersebut.



09 October 2008

Macam Tak Ada Peraturan Jalanraya!!

video

video

Awas!! Jgn Tiru Pemandu Ini

Memotong di Garisan Berkembar!!
Tak Paham Undang-Undang Ka?










Memotong Beberapa Buah Kenderaan Serentak Di Garisan Berkembar dan Terdapat Garisan Kuning Serta Simpang Yang Berbahaya!!

Love Malaysia, Visit Kedah!!!